Perlaksanaan Program Train Of Trainer (Tot) X Nadi Kluster Sri Aman

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Julai 2025, satu Program Train of Trainer (TOT) – Kempen Internet Selamat telah berjaya dilaksanakan di NADI Kampung Hilir. Program ini telah dihadiri oleh wakil dari pihak MCMC Kuching serta wakil pengurus daripada tujuh NADI dalam lingkungan Kluster Sri Aman.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengurus berkenaan pelaksanaan Kempen Internet Selamat yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. Sepanjang sesi, pengurus setiap NADI telah diberi taklimat mengenai isu keselamatan digital, penggunaan internet secara bertanggungjawab, serta peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada komuniti masing-masing. Latihan ini telah memberi manfaat besar kepada semua yang terlibat dalam memperkukuhkan kemahiran digital serta mempersiapkan diri menghadapi cabaran teknologi yang semakin pesat berkembang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali